Hampir sebulan berlalu tanpa Laila. Laila. Malam. Malam yang
indah untuk aku namun pada waktu malam juga dia pergi. Sehingga detik ini, malam
aku dibayangi ketakutan. Tidur seorang diri yang dulunya rutin untuk aku, kini
sukar sekali. Ada sahaja yang mengganggu lena.
Coretan aku ini bukanlah mengadu domba, bukan juga tak
redha. Cuma mahu bercerita dan aku ini manusia. Ad amasa aku akan lupa. Satu
masa nanti aku tiada tapi aku mahu cerita Laila ini hidup sentiasa.
Macam ni lah aku kalau dah sayang orang.
Macam ni lah aku kalau dah sayang orang.
Over. Mungkin itu persepsi orang kepada aku. Sedangkan orang
lain punya dugaan lebih berat, keluarga Laila sendiri begitu cuba tabah. Lepas dia takde, aku tanya kawan-kawan yang sudah ketiadaan mak/ayah.
Macam mana boleh tabah. Supaya aku boleh belajar untuk kuat. Kata ibu nya,
Macam mana boleh tabah. Supaya aku boleh belajar untuk kuat. Kata ibu nya,
“Kita kena fikir Allah
pinjamkan dia cuma 20 tahun. Sekarang Dia ambil semula, barulah kita redha”.
Laila itu aku sudah anggap persis adik sendiri. Bukan lagi
ikatan senior-junior. Bukan setakat sahabat. Aku anggap macam adik aku. Namun
tetap aku respek, insan insan yang hilang ibu ayah, nyawa dan nadi kehidupan
namun benar benar tenang dan tabah. Bagi aku, hilang yang ini untuk didik aku
supaya sedia dengan kemungkinan lebih besar. Mungkin juga mungkin itu aku yang
pergi.
Jika di Rembau dahulu, setiap kali aku terlampau penat dan
gelisah. Sukar untuk lena, gadis ini lah yang tidur di sebelah, urut aku,
dengar masalah aku. Lihatlah, betapa banyak malam aku dia temani. Bila orang
sebut Laila, mesti timbl dalam kepala – Kak Wan. Bila setiap kali orang sebut
kak Wan, orang akan ingat Laila. Begitulah sebenar akrabnya aku dan dia.
Lebih kurang 5 hari sebelum Laila pergi, aku ada call.
Banyak kali dek kerana risau. Dia demam pasang surut dan berapa bulan tapi kali
ini sepertinya teruk. Tak berangkat. Okay, aku cuba tenang. Mungkin Laila ada
appointment doctor. Esoknya, aku call lagi. Tak berangkat. Aku geram. Aku whatsapp
kata “Wei kenapa kau tak angat call?”. Selang sehari lebih kurang aku dia bals
kata
“Jangan call, Laila
tak larat nak jawab. Wassep pun reply lambat. Nanti Laila call kak Wan balik ye”
Malam tu aku
termenung risaukan dia, terus aku luahkan pd kawan yg sejak sekolah aku rapat.
Minta tolong dia temankan aku melawat Laila hari Sabtu depan. Masatu, Ahad
malam. Lepas dia kata okay, aku terus wassep Laila mintak location dan nak
melawat Sabtu sebab aku risau. Esok pagi lepas Subuh dia reply tanpa sepatah
kata. Cuma bagi lokasi dan alamat. Biasanya, dialah orang paling bahagia kalau
aku nak dtng. Kalini, tak. Aku tak pernah sampai rumah Laila tapi sering
bermain di mulut Laila tentang aku pd ibu. Jadi, satu keluarga kenal Kak Wan
kpd Laila niLepas Subuh aku demam sebab terlampau risaukan dia. Dua hari aku
demam. Kebah aje demam aku, jam 1 pagi 10/3, aku dapat call. Katanya,
“Wan, Laila dah
takde.” Gelap malam aku. Banjir.
Aku jejak rumah dia buat kali pertama, selepas dia pergi. Mesti
dia kecewa. Aku tak cium dia buat terakhir kali. Mesti dia kecewa dengan kak
Wan dia. Selepas borak borak dgn ibu, baru aku tahu sebenarnya 2 hari aku demam
itu adalah 2 hari dia bertarung dengan sakitnya di hospital tp aku tak tahu.
Dia kata, dia okay. Dia kata, nanti dia call Kak Wan balik. Laila, kak Wan dapat call tapi bukan dari Laila.
Kak Wan
dapat, sayang.
Pusara dia aku jejak. Aku kuis kuis batu dengan tangan. Aku
duduk. Tahan sebak. Matahari yang menikam tak menggugat aku dari tetap menatap
batu batu kasar yg menutupi pusara Laila. Ya. Aku menangis semahu mahu.
**********************************************************************************
Sepanjang aku kenal dia, kami selalu dapat dugaan yang sama.
Masalah yang sama. Result SPM kami sama. 5A je. Kami ni bukan orang akademik.
Belajar tak pandai mana. Bukan kegemaran cikgu bab akademik. Tapi, aku selalu
ingatkan dia dan dia selalu ingatkan aku
“Biar tak pandai asal
mahu memberi apa yang kau ada.”
Kita ni terlalu banyak menerima dari Tuhan tapi jarang
sekali mahu memberi. Memberi itu tak terbatas dengan duit sahaja. Banyak lagi.
Ini jugalah jadi motivasi untuk tetap balik ke sekolah supaya adik-adik tak
terkapai sepertimana aku dan Laila.
Lepas habis sekolah, dua dua ada masalah dengan belajar
lepas SPM. Aku, konflik masa asasi sebab salah pilih aliran tapi Laila,
asasinya bagus. Pointernya 3.8 tp ada masalah untuk sambung sebab UPU taknak
terima result swasta. Sebab stress itu dia kerap kerap demam dan sakit. Banyak
kali dia mntk semangat aku sama macam aku barai masa asasi nangis nangis call
dia mntk semangat setiap kali lepas exam atau dapat result. Lepastu, dia ada
dapat offer utk sambung belajar di Australia. Dia gembira sangat tp aku sedih.
Aku sorokkan. Masatu, tak tahu kenapa aku tak rasa cm akan hilang dia sekejap.
Aku rasa mcm hilang dia terus tp aku luahkan dkt blog je. Itulah post terakhir
aku sebelum dia pergi. Dalam masa yg sama, dia takde biasiswa lagi so dia kena
cari. Tapi memandangkan uni tu bagi short notice, aku mintak dia buat kira kira
lagi sekali. Fikirkan semua aspek. Dia terpaksa lepaskan peluang ke sana
memandangkan ayahnya pun berat nak lepas. Dia sambung di UNITEN. Sejak masuk
UNITEN, dia start sihat balik tp utk seminggu je kemudiam muntah teruk dan
dibawa balik. Itulah titik mula dia sakit teruk tp masih pura pura okay dengan
aku.
Laila ni memang macam tu. Sejak dulu, sedih dia takkan
ditunjuk tp dengan aku dia suka mengada. Dia suka luah pada aku. Katanya, aku
je faham dia. Au boleh teka apa dia fikir. Mungkin sebab kitorang sama. Selama
ni kalau aku silap cakap dia faham tp sebelum dia pergi, dia terasa. Tak pernah
pernah dia sensitif macam tu. Masa aku nak pujuk, dia kata, dia sendiri pun tak
tahu kenapa. Rupanya, itulak rajuk terakhir dia utk aku.
Laila ini , lepas dia pergi
baru aku sedar. Dia sayang aku lebih dr aku sayang dia. DP wassep dia,
background wassep dia sering dia letak gambar berdua dengan aku. Masa belajar di Shah Alam, apa apa hal, bila
dia rasa takut atau stress, selain ibu dia akan cari aku. Dalam phone dia
banyak betul gambar aku yang dia tangkap senyap senyap. Kalau aku lambat jumpa
lepas janji, mesti aku kena cakap dengan ibu mintak maaf buat Laila tunggu
lama. Kalau aku hantar dia balik rumah sewa, dia akan mintak aku tunggu smpi
dia masuk rumah. Dia rasa selamat aku perhatikan dia.
Namun, aku gembira tengok
perginya tenang. Perginya dalam redha, ibu bapa, guru dan orang sekelilingnya.
Perginya, damai dan sempurna. Srikandi ini banyak sekali mengajar aku agar
sentiasa baik baik dengan insan sekeliling. Agar hargai umi abah dan
keluarga.
Selepas banyak malam malam indah yang dia temani, malam yg
terpahit juga aku rasa kerana dia tapi aku yakin itu semestinya malam paling
bahagia buat Laila sebab bertemu semula PenciptaNya. Masa aku pun entah bila.
Terima kasih Allah, kerana pinjamkan aku Laila yang indah.
1 comment:
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Post a Comment