Pages

My favorite football team

My favorite football team
Terang teranglah gambar ni terang sebenarnya kitorang gelap gelap je

Thursday, 28 April 2016

Angin Rindu

Seperti mana malam malam yang lalu, bayu malam ini juga menampar halus. Tamparannya halus namun pulangan memorinya deras sekali.

Malam itu, sama seperti hari ini. Kelihatannya tenang sekali. Namun seribu satu rahsia Tuhan kita tiada berhak untuk tahu tanpa izin walau sebesar zarah. Tapi, malam itu terbuka satu.

Angin rindu ini bertiup tidak mahu berlalu. Tetap berpusar di sini bermain dengan daun daun kering yang gugur bertebaran dalam ruang hati. Kuning emasnya mencantikkan. Bagaimana pemergianmu mengundang musim luruh namun cantiknya dari Tuhan tetap ada. Tuhan itu benar cantik dan sukakan kecantikan. Pada musim luruh juga punya keindahan.

Seperti biasa rindu ini tetap selalu aku simpan. Tidak mahu ianya hilang kerana rasa rindu itu indah. Tanpa rindu, maknanya hati ini dah lupakan kau.

Jika dahulunya kita alunkan Yassin bersama di surau yg dari mulanya berlantaikan mozek sehinggalah indah berkarpet merah pd malam Jumaat namun pd malam Jumaat yg ini, aku alunkan Yassin seorang diri -- untuk kau. Siapa sangka.

Di kaki katil ini aku dpt berita pemergianmu dan di kaki katil ini juga aku berteleku. Pada saat ini, untuk aku sedekahkan Yassin buatmu. Moga bacaan dari mulut aku yg kotor ini diterima Tuhan.

Doakan aku supaya jadi baik. Selalu.


No comments: