Pages

My favorite football team

My favorite football team
Terang teranglah gambar ni terang sebenarnya kitorang gelap gelap je

Saturday, 2 April 2016

Malam.



Hampir sebulan berlalu tanpa Laila. Laila. Malam. Malam yang indah untuk aku namun pada waktu malam juga dia pergi. Sehingga detik ini, malam aku dibayangi ketakutan. Tidur seorang diri yang dulunya rutin untuk aku, kini sukar sekali. Ada sahaja yang mengganggu lena. 

Coretan aku ini bukanlah mengadu domba, bukan juga tak redha. Cuma mahu bercerita dan aku ini manusia. Ad amasa aku akan lupa. Satu masa nanti aku tiada tapi aku mahu cerita Laila ini hidup sentiasa.

Macam ni  lah aku kalau dah sayang orang.

Over. Mungkin itu persepsi orang kepada aku. Sedangkan orang lain punya dugaan lebih berat, keluarga Laila sendiri begitu cuba tabah. Lepas dia takde, aku tanya kawan-kawan yang sudah ketiadaan mak/ayah.
Macam mana boleh tabah. Supaya aku boleh belajar untuk kuat. Kata ibu nya, 

“Kita kena fikir Allah pinjamkan dia cuma 20 tahun. Sekarang Dia ambil semula, barulah kita redha”.

Laila itu aku sudah anggap persis adik sendiri. Bukan lagi ikatan senior-junior. Bukan setakat sahabat. Aku anggap macam adik aku. Namun tetap aku respek, insan insan yang hilang ibu ayah, nyawa dan nadi kehidupan namun benar benar tenang dan tabah. Bagi aku, hilang yang ini untuk didik aku supaya sedia dengan kemungkinan lebih besar. Mungkin juga mungkin itu aku yang pergi.
Jika di Rembau dahulu, setiap kali aku terlampau penat dan gelisah. Sukar untuk lena, gadis ini lah yang tidur di sebelah, urut aku, dengar masalah aku. Lihatlah, betapa banyak malam aku dia temani. Bila orang sebut Laila, mesti timbl dalam kepala – Kak Wan. Bila setiap kali orang sebut kak Wan, orang akan ingat Laila. Begitulah sebenar akrabnya aku dan dia. 

Lebih kurang 5 hari sebelum Laila pergi, aku ada call. Banyak kali dek kerana risau. Dia demam pasang surut dan berapa bulan tapi kali ini sepertinya teruk. Tak berangkat. Okay, aku cuba tenang. Mungkin Laila ada appointment doctor. Esoknya, aku call lagi. Tak berangkat. Aku geram. Aku whatsapp kata “Wei kenapa kau tak angat call?”. Selang sehari lebih kurang aku dia bals kata 

“Jangan call, Laila tak larat nak jawab. Wassep pun reply lambat. Nanti Laila call kak Wan balik ye”

 Malam tu aku termenung risaukan dia, terus aku luahkan pd kawan yg sejak sekolah aku rapat. Minta tolong dia temankan aku melawat Laila hari Sabtu depan. Masatu, Ahad malam. Lepas dia kata okay, aku terus wassep Laila mintak location dan nak melawat Sabtu sebab aku risau. Esok pagi lepas Subuh dia reply tanpa sepatah kata. Cuma bagi lokasi dan alamat. Biasanya, dialah orang paling bahagia kalau aku nak dtng. Kalini, tak. Aku tak pernah sampai rumah Laila tapi sering bermain di mulut Laila tentang aku pd ibu. Jadi, satu keluarga kenal Kak Wan kpd Laila niLepas Subuh aku demam sebab terlampau risaukan dia. Dua hari aku demam. Kebah aje demam aku, jam 1 pagi 10/3, aku dapat call. Katanya,

“Wan, Laila dah takde.” Gelap malam aku. Banjir.

Aku jejak rumah dia buat kali pertama, selepas dia pergi. Mesti dia kecewa. Aku tak cium dia buat terakhir kali. Mesti dia kecewa dengan kak Wan dia. Selepas borak borak dgn ibu, baru aku tahu sebenarnya 2 hari aku demam itu adalah 2 hari dia bertarung dengan sakitnya di hospital tp aku tak tahu. Dia kata, dia okay. Dia kata, nanti dia call Kak Wan balik. Laila, kak Wan dapat call tapi bukan dari Laila. 

Kak Wan dapat, sayang.

Pusara dia aku jejak. Aku kuis kuis batu dengan tangan. Aku duduk. Tahan sebak. Matahari yang menikam tak menggugat aku dari tetap menatap batu batu kasar yg menutupi pusara Laila. Ya. Aku menangis semahu mahu.

**********************************************************************************
Sepanjang aku kenal dia, kami selalu dapat dugaan yang sama. Masalah yang sama. Result SPM kami sama. 5A je. Kami ni bukan orang akademik. Belajar tak pandai mana. Bukan kegemaran cikgu bab akademik. Tapi, aku selalu ingatkan dia dan dia selalu ingatkan aku 

“Biar tak pandai asal mahu memberi apa yang kau ada.”

Kita ni terlalu banyak menerima dari Tuhan tapi jarang sekali mahu memberi. Memberi itu tak terbatas dengan duit sahaja. Banyak lagi. Ini jugalah jadi motivasi untuk tetap balik ke sekolah supaya adik-adik tak terkapai sepertimana aku dan Laila.

Lepas habis sekolah, dua dua ada masalah dengan belajar lepas SPM. Aku, konflik masa asasi sebab salah pilih aliran tapi Laila, asasinya bagus. Pointernya 3.8 tp ada masalah untuk sambung sebab UPU taknak terima result swasta. Sebab stress itu dia kerap kerap demam dan sakit. Banyak kali dia mntk semangat aku sama macam aku barai masa asasi nangis nangis call dia mntk semangat setiap kali lepas exam atau dapat result. Lepastu, dia ada dapat offer utk sambung belajar di Australia. Dia gembira sangat tp aku sedih. Aku sorokkan. Masatu, tak tahu kenapa aku tak rasa cm akan hilang dia sekejap. Aku rasa mcm hilang dia terus tp aku luahkan dkt blog je. Itulah post terakhir aku sebelum dia pergi. Dalam masa yg sama, dia takde biasiswa lagi so dia kena cari. Tapi memandangkan uni tu bagi short notice, aku mintak dia buat kira kira lagi sekali. Fikirkan semua aspek. Dia terpaksa lepaskan peluang ke sana memandangkan ayahnya pun berat nak lepas. Dia sambung di UNITEN. Sejak masuk UNITEN, dia start sihat balik tp utk seminggu je kemudiam muntah teruk dan dibawa balik. Itulah titik mula dia sakit teruk tp masih pura pura okay dengan aku.

Laila ni memang macam tu. Sejak dulu, sedih dia takkan ditunjuk tp dengan aku dia suka mengada. Dia suka luah pada aku. Katanya, aku je faham dia. Au boleh teka apa dia fikir. Mungkin sebab kitorang sama. Selama ni kalau aku silap cakap dia faham tp sebelum dia pergi, dia terasa. Tak pernah pernah dia sensitif macam tu. Masa aku nak pujuk, dia kata, dia sendiri pun tak tahu kenapa. Rupanya, itulak rajuk terakhir dia utk aku.

Laila ini , lepas dia pergi baru aku sedar. Dia sayang aku lebih dr aku sayang dia. DP wassep dia, background wassep dia sering dia letak gambar berdua dengan aku.  Masa belajar di Shah Alam, apa apa hal, bila dia rasa takut atau stress, selain ibu dia akan cari aku. Dalam phone dia banyak betul gambar aku yang dia tangkap senyap senyap. Kalau aku lambat jumpa lepas janji, mesti aku kena cakap dengan ibu mintak maaf buat Laila tunggu lama. Kalau aku hantar dia balik rumah sewa, dia akan mintak aku tunggu smpi dia masuk rumah. Dia rasa selamat aku perhatikan dia. 

Namun, aku gembira tengok perginya tenang. Perginya dalam redha, ibu bapa, guru dan orang sekelilingnya. Perginya, damai dan sempurna. Srikandi ini banyak sekali mengajar aku agar sentiasa baik baik dengan insan sekeliling. Agar hargai umi abah dan keluarga.

Selepas banyak malam malam indah yang dia temani, malam yg terpahit juga aku rasa kerana dia tapi aku yakin itu semestinya malam paling bahagia buat Laila sebab bertemu semula PenciptaNya. Masa aku pun entah bila. Terima kasih Allah, kerana pinjamkan aku Laila yang indah. 

Alhamdulillah. Untuk semua. Moga Allah izin kita pergi dalam kebaikan. Amin.









1 comment:

Muteq Chin said...

Innalillahiwainnailaihirajiun.