Tak sampai sebulan. Kak Wan dah rindu yang melampau.
Beberapa hari lepas, ada yang ajak ke SEMESRA tp untuk kali pertama dalam hidup, kak Wan tolak. Mentah mentah. Sedangkan dulu tempat itu lah yang buat akak jatuh cinta setiap kali jejak kaki. Tak pernah lagi kak Wan tolak bila orang ajak ke sana. Kan ?
Laila...
Bukan setakat Sains Rembau, Negeri Sembilan pun kak Wan tak kuat. Setiap kali fikir , kak Wan rasa penat sangat. Penat nak pergi sana. Setiap kali kak Wan drive dekat Shah Alam, bagitau kak Wan sudut mana je yang tak buat akak ingat pada Laila. Kak Wan rasa sakit nak pergi semua tempat sekarang ni.
Tak, Laila. Bukan kak Wan tak redha. Akak okay. Okay sangat. Okay...
Laila, pada siapa akak nak hantar selfie bodoh akak dan kena bahan macam dulu. Siapa yg nak bahan gambar gambar akak dekat ig. Siapa yang nak kacau akak tiap hari. Siapa yang akak nak call untuk bercakap bilamana akak penat sngt dengan hidup sehari dan nak berehat sekejap untuk makan.
Laila.
Dekat mana kak Wan nak cari ganti. Adik yang macam Laila ni. Terima kasih sebab sayang kak Wan lebih dari yang kak Wan pernah sayang Laila. Terima kasih sebab perlukan kak Wan lebih dari kak Wan selalu perlu Laila. Terima kasih sebab selalu pahat gambar kak Wan dkt banyak tmpt untuk Laila tatap.
Laila selalu nampak okay untuk akak. Sekarang, kak Wan kena nampak okay untuk Laila. Laila mesti tak suka kan akak sedih sedih macam ni.
Tak sedih. Rindu je.
No comments:
Post a Comment