Musim musim exam ni, bukan setakat ujian dia atas kertas je. Ujian hati pun ramai juga merasa. Aku faham, ini fitrah. Aku takde tentangan langsung terhadap isu hati dan perasaan ni. Kita semua sama. Aku pun manusia, aku faham je. Aku pun pernah kecewa jugek tp cecepat je overcome sbb rasa banyak benda lagi nak kena buat.
Sebenarnya, aku rasa 22 ni bagi aku, bagi aku lah (aku tau) dlm perancangan hidup aku sngt awal aku nak fikir pasal bebenda ni tp bila orng kata aku ni lambat - baru aku tahu aku lambat hahahah. Tapi tak kira aku tetap rasa awal. Aku target kena fikir lepas grad.
Bagi aku, isu ni - it's about how we handle it sambil sambil doa moga Allah tak biar kita cinta benda lain lebih dr Dia. Kalau rasa terlebih, moga Allah terbitkan rasa tidak senang pd hati kita. Mana yg selayaknya kita utamakan.
Jadi orang muda ni, bagi aku kena letak prioriti dulu. Lain orang, lain perancangan hidup dia. Untuk yg 'dah ada', bagi aku jaga lah baik baik yg ada tu, rancang baik baik, matang matangkan. Aku gembira untuk korang. Untuk yang belum ada, masih menaruh harapan kosong, tak tahu hala, aku nak ajak ni.
Aku nak ajak korang bina personaliti, bina hidup, bina diri, bina kerjaya. Letakkan goals. Tak suruh dean list pun tp kalau DL lg bagus (aku pun belum tentu dpt DL ni hahaha). At least, berjaya dlm apa yg korang buat skrng tanpa abaikan study lah of course. Mana yg 'dah ada' / dah kawin tu, aku rasa dia dah nampak jelas masa depan dia. At least, dah jelas kot. Untuk yg kecewa pd orang yg belum tentu nak dekat kita, ke kiri ke kanan tak nampak hala, jom lah bina apa yg patut orang muda patut bina. Bina diri. Kalau rasa dah berderai sangat, korang perlu tahu - rumah yang kukuh tu dicampur pasir yang berderai untuk lebih kukuh binaannya. Orang yang berkecai ni boleh jadi somebody. Moganya somebody 'di mata' Tuhan dan mata dunia juga. Kalau tak mampu manfaat pd ummah, bg pd komuniti, kalau tak mampu juga, pd keluarga, takmampu juga paling kurang untuk ibu bapa. Allah kan suka orang yg sentiasa upgrade diri dia. Jangan duduk di tampuk lama.
Nak kecewa tu boleh tapi fikir semula worth ke frust sebeban banyak tu untuk orang yang belum tentu lagi dengan kita. Bila makin matang dan dewasa, kau kena terima - banyak benda yang kita nak kita kena lepaskan. Samada utk dapatkan redha, fikirkan kesan utk masa yg lama & impak pd orng sekeliling.
Pegangan dan perancangan aku - nak kerja tinggi tinggi dan bina diri (tapi mestilah kita cuma merancang je, apa apa berputar nnti semua kerja Allah). Betulkan hati, bina jati diri tinggi tinggi tapi tetap tunduk ke bumi. Kalau nak buat ayat angkuh - sampai takde orang akan reject kau dengan sekali fikir je. Aku sejak sekolah pun, untuk tak layan sangat soal hati satu cara je- aku letak ego tinggi tinggi. Kalau taknak orang dekat - jadilah garang so dah settle lah beberapa tepis. Cara ni, makan diri sikit lah. Lama lama sakit sendiri tapi aku nak firm dan mampu jaga maruah diri sebab sikap aku yg ni je.
Biarlah orang nak kata jual mahal atau tak laku pun. Urusan diri ni bukan urusan jual beli. It's about making the right decision. It's about choosing the right one. Kau lebih kenal diri kau dan doa juga pada Allah spya kau tetap kenal diri. Tak bongkak dalam mempertahankan apa yg kau ada.
Kalau berkecai, jadilah kaca/ pasir yang digunakan untuk membina! :)
Moga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya.
No comments:
Post a Comment