Pages

My favorite football team

My favorite football team
Terang teranglah gambar ni terang sebenarnya kitorang gelap gelap je

Friday, 30 December 2016

Berlumur Dosa

Banyak masa aku rasa bukannya aku tak sedia bila ada orang cuba approach cumanya aku rasa aku ni berlumur dosa. Maksudnya, bila satu masa betul betul ditakdirkan kena hidup dengan sesiapa lah sbgi partner, aku risau dosa dosa aku ni jadi penghalang utk orang lain bahagia. Penghalang kepada kebaikan yg sepatutnya dtng kepada dia. Aku risau orang terpaksa tanggung akibat dari dosa aku. Kalau aku berdosa, biar aku tanggung sendiri.

Sebabtu setiap kali ada orang kata suka tu, pertama mestilah aku persoalkan. Suka tu sampai tara mana je kau boleh bawa. Suka yang suka suka atau suka yg nak cari bahagia sampai bila bila. Kedua, aku akan kata jangan suka aku. Tolonglah suka orang lain. Aku rasa sakit bila orang baik baik suka aku ni. Cari lain, serius. Aku tak baik mcm kau sangka. Kalau rupa yg kau ukur, rupa juga aku tiada. Kalau kau rasa kau pun tak baik, aku lebih lagi dr tu. Nak lawan? Tak. Perempuan selalu menang.

Biar sesuci mana pun orang nampak aku, sebolehnya aku cuba utk nampak buruk. Aku jadi diri sendiri. Buruk kan?

Jangan suka itu kerana apa yang kau nampak zahirnya pada aku. Hina aku banyak. Allah dan aku je yang tahu.

Aku nasihatkan, pilih pasangan biar betul betul :)

Kalau orang tanya bila masanya aku akan bersedia. Cincin dkt tangan aku ni tanda. Kalau aku cabut, ye mungkin aku sedia. Cincin ni, umi bagi. Selagi aku pakai aku masih tetap nak terikat dengan abah umi.

No comments: