Pages

My favorite football team

My favorite football team
Terang teranglah gambar ni terang sebenarnya kitorang gelap gelap je

Thursday, 22 December 2016

Ke Pantai

Haritu, selepas satu tahun berlalu, aku dapat ke pantai lagi. Dapat ke sana, yang benar-benar aku dapat duduk peluk lutut dan merenung. Tempat yang paling aku cinta sekali. Serasa sebati dengan hati. Pantai itu, diri aku.

Angin lembutnya, deras airnya, hempas ombaknya, setia pantainya. Aku cukup cinta.

Hati aku tak henti henti berbicara. Seakan tak menang mahu terluahkan semua pada Tuhan. Usai hantar adik balik ke bilik, aku turun semula. Berjalan di gigi gigi air. Jauh. Menapak tak sedar, aku sampainya masuk ke ruang resort lain. Tidak fikir segan atau malu, pantai itu milik Tuhan - haha ego aku. Aku labuhkan punggung betul betul di ruang tepi selepas resort orang lain itu. Entah berapa lama aku termenung dan mengadu.

Terluah semuanya. Berbicara aku di hadapan laut dengan Tuhanku. Aku cerita satu satu sedihku. Rinduku. Sakit dan sesakku. Cuma dalam sebanyak banyak itu, aku minta, moga aku sentiasa disedarkan saat aku alpa. Tidak syirik dan tidak pula tersasar dari agama-Nya. Tanpa sedar, aku menagdu juga rinduku pd Laila. Laila yg aku sangat rindu tapi masih dibayangi dengan perginya. Lantas mengalir air mata. Tidak menang dengan kuatnya angin, titik titik air mata juga dibawa pergi dek bayu. Sekarang, aku tidak mampu walau mahu menapak ke pusaranya. Lemahnya aku. Lemah. Masih terganggu dan dihantui. Mental kau juga masih tak berapa pulih. Ya, aku lemah.

Habis mengadu, kepala seakan berderau. Terasa bebas dan terlerai simpulan-simpulan.

Moga aku sentiasa tetap dalam iman dan Islam.

Moga aku tidak kalah dengan segala bisikan dan gangguan syaitan yang melesukan, melemahkan, mematikan hati ini.Moga aku tetap kuat melawan segala bisikan. Moga aku yg lemah ini terus kuat, sebagai hamba Tuhan.

No comments: