Pages

My favorite football team

My favorite football team
Terang teranglah gambar ni terang sebenarnya kitorang gelap gelap je

Sunday, 15 March 2015

Sunyi

Bismillah .

Assalamualaikum .

Hurm . Takde apa apa . Rindu umi abah.

Tadi call abah , tak dapat. Tiga minggu tak balik. Yeah , I know ramai lagi yang lama sangat tak balik . Nak kata overly attached , tk sngt pun . Bila balik tkdelah lepak sngt dgn umi abah but I feel calm and happy bila ada depan mata. Rindu.

Selalunya call umi je kalau apa apa . Abah selalu busy , tido makan kerja tak tentu masa. *tears* . Aku rindu zaman zaman kecik kalau sakit mesti menempel dkt bilik umi . Sampai besar cmtu . Aku rasa tenang bila umi abah dekat . Bila sakit , abah balik kerja pukul 2-3 pagi , bagi ubat . Aku rindu . Kalau luka pun , 2-3pagi tu lah abah sapu ubat . Dapat rasa lagi tangan kasar abah sentuh tempat luka . Pedih tp menyembuhkan , insyaAllah.

Rabu lepas sakit perut , MC sehari . Rasa sunyi sangat. Uruskan diri sendiri . Biasanya pun uruskan sendiri je tp entah la lately rasa sepi sngt .  Aku fikir mati je masa tu sebenarnya sebab perut aku tk pernah sakit lain macam gitu . Duduk , baring semua sakit sangat . Sakit yg...entahla. Aku tak buat kuiz . Aku pasrah je dgn markah kuiz tu biarlah takleh buat balik pun sebab dah terlalu sakit . Mintak tolong member ada motor semua class and busy end up jalan kaki dgn penuh longlai dr KICT ke klinik . Tawakkal sngt lah tk pengsan tngh jalan. Kebetulan Ira ada dkt masjid , mntk dia teman . Boleh je sbnrnya nak settle sendiri but I just feel like i need someone on that time. Syukur jugak dpt MC biasanya susah nk dpt . Walaupun dh dpt injection tp sakit dia the whole day and the whole night. Nak bangun dr baring tu .. ya Allah sakitnya . Pedih sngt.

Entahla . Tekad aku , dkt Gombak ni nak gerak sorang je mana mana sebab dh biasa je survive sendiri tapi aku tak tau pulak aku end up rasa sunyi yg amat sunyi . You know , that feeeling bila no one care . Entahla . Maybe aku selalu sngt jd strong depan orng , so orng pun rasa aku boleh je face everything sendiri. Bila orng perlukan aku , aku ada je utk diorng tp bila aku need someone like everyone is busy . Salah aku. Orang dok suruh aku jalan berteman . Ada masa , aku nak jugak orng teman aku makan tp takde orng ada masa utk aku. Mungkin sebab aku selalu ada masa utk diorang .

Masa aku rasa takut sngt kena follow dr library . First time aku gigil camtu . Aku contact orng mntk teman , tkde yg respon. Sorang dua yg respon pun busy. Ye lah , ni degree life aku tkleh expect orng ada free time.

Takpelah . Aku dah pilih jalan ni. Aku kena kuat lah . Kau boleh Aisyah , kau boleh - survive sorang . Macam kau selalu hidup masa dkt hostel dulu. Sama je . Kau kena kuat . Allah ada :)


No comments: