Pages

My favorite football team

My favorite football team
Terang teranglah gambar ni terang sebenarnya kitorang gelap gelap je

Friday 20 February 2015

Psychology

Bismillah.

Bidang psikologi. Aku, nak kata jatuh cinta dengan bidang ni , tak berani cakap. Aku belum deeply belajar cuma yang aku tahu, otak aku sangat sangat cepat tangkap bila baca fakta fakta kajian kelakuan manusia dan cerita-cerita yang berkisarkan masalah psikologi samada dalam masyarakat mahupun individu.

Mungkin, dekat situ sepatutnya arah hidup aku. Sekarang masih terkandas dalam bidang ilmu sains , major teknologi maklumat dalam perancangan untuk beralih kos. Mohon, doakan.

Aku ni antara kes yang didoktrin oleh sekolah sains betapa hebatnya sains sampai aku singkir bidang yang aku sangat-sangat suka - sejak dulu sebenarnya. Mengkaji dan menulis. Itu, passion aku. Aku buta tak sedar. Aku ingat sains boleh bagi aku makan tapi salah. Rezeki, Allah bagi. Kau kena pilih jalan yang betul kalau taknak seksa diri dan mahir dalam bidang untuk bantu masyarakat - untuk capai mardhatillah. Redha Allah. Kalau salah pilih arah hidup , rezeki tetap ada - Allah dah tetapkan rezeki setiap dari kita cuma, kita bahagia atau tidak. Salah pilih arah hidup ni risau ganggu niat Lillahi Ta'ala tu kepada study utk exam , habis exam lupa semua kemudian lahirlah graduan tipikal. Tak mahir praktikal cuma mampu hadap teori. Macam robot.

Aku tengah bincang salah pilih arah hidup as in bidang yang kita ceburi , fardhu kifayah bukan salah pilih ajaran utk hidup (yg mana kita tahu Islam satu-satunya yg benar). Kalau salah pilih ajaran memang .... the end. Na'uzubillah. Semoga Allah tetapkan hati kita di atas jalan yang diredhai-Nya.

Psikologi. Aku tak faham kenapa orang pandang hina kos ni. Berurusan dengan orang gila? Itu psikiatris tapi tetap - apa yg hinanya berurusan dengan orang gila? Apa yg hina ? Kalau aku, aku bangga. Aku suka. Enjoy. Kenal manusia. Kenapa mindanya tidak lagi berfungsi dengan normal. Apa masalah hidupnya? Bagaimana cara hidup dan latar belakang keluarga? Apa faktor yang menyumbang? Menarik.

Entah. Sebenarnya, psikologi ni bantu aku untuk rawat hati sendiri. Aku kenal manusia, tahu faktor maslaahnya sekaligus aku akan kurang bersangka buruk dengan manusia. Mensucikan hati. Bila hati bersih aku dekat dengan Allah. Aku teringin jugak nak kaitkan ilusi yang dihadapi orang yang menghadapi masalah psikologi , berkait ke dengan makhluk halus ? Berbeza atau serupa ? Menarik kan? Ya.

Aku cuma nak bantu. Sebenarnya, apa yang aku kaji secara rambang, masyarakat kita sangat tak terdedah betapa merawat masalah mental (tak semestinya gila) macam fobia yang memudaratkan etc tu penting. Nak tolong masyarakat , ummat. Semoga Allah redha niat dan usaha aku. Doakan doakan doakan !

Cuma sekarang aku kena usaha tukar kos. Doakan. Doakan ilmu aku sem ni berkat, jawab exam pun lancar, projek hebat supaya aku diterima oleh Department of Psychology , untuk mendalami ilmu ni. InsyaAllah.

Aku harap ni bukan angan. Aku harap, satu hari nanti aku dapat tulis satu entri yang mana aku gembira dengan Psikologi dan aku menyumbang sesuatu melalui ilmu ni. InsyaAllah. Amin !

No comments: