Rambutnya perang. Pakaiannya, pada mata aku sopan. Tidak berlebihan. Sebaik sahaja sampai di kotak-kotak yang memaparkan baris-baris buku, kakinya berhenti di kotak yang sama dengan aku. Tangan mengusap lembut muka-muka hadapan buku yang menarik perhatiannya. Tidak lama. Jari jemari bergerak perlahan dari satu ke satu sampailah kakinya berhenti benar benar di sebelahku. Aku senyum dan beri ruang. Matanya leka menatap indahnya taman-taman syurga yang dibukukan.
Kaki aku bergerak ke kotak lagi satu. Lebih kurang sama, ruang buku buku ilmiah islam. Baik dr buku cerita, fakta dan teori. Kakinya tanpa paksa ke petak yang sama. Matanya menular liar dari satu kulit buku ke satu yang lain. Seperti yang aku jangkakan, tangannya berhenti di sebuah buku kulit tebal, tentang wanita dari perspektif Islam.
Andai rezeki ku lebih waktu itu, mahu sahaja aku hadiahkan satu. Tak. Bukan mahu menyindir mahupun cuba mengubahnya tetapi untuk merealisasikan kegembiraan mata kunang yang menatap setiap satu buku-buku berkisarkan Islam penuh minat. Mungkin lebih minat dari aku sendiri. Ya, melalui penampilannya dia mungkin sahaja mampu memiliki. Lebih dari itu. Tapi, bukankah lebih indah andai sinar mata yang terhenti pada buku, terpancar pula?
Semoga hidayah Allah bersamamu dan bersamaku. Sama-sama kita.
No comments:
Post a Comment