Titis titis darah itu kelihatannya kering. Pasti sudah lama terbiar. Bagaimana lukanya? Sudah sembuhkah? Atau terus terusan mengheret darah?
Pasti sakit. Tertoreh sendiri tanpa sedar. Makin berjaga makin besar. Pedih.
Kenapa bila aku mula berganjak perasaan itu kian menghenyak. Sesak. Tidak mudah untuk bergerak dari titik yang kau rasakan sudah simetri kerana apabila kau menapak sekaligus mengubah titik koordinat pada paksi kedua duanya. Andai bertembung rebah. Andai seiring tidak bersua juga parah. Baik sahaj aku memanah. Ruangnya bulat. Mana mana sahaja kau baling pada dart , semuanya terlihat.
No comments:
Post a Comment