Humaira' mengeluh sebelum mula bicara.
Zahraa mendongak.
"Kenapa?"
Humaira menarik nafas panjang.
"Entah. Hakikat kecewa itu sangat sangat sakit. Aku ni jenis yang tak boleh sikit - sekali dah sayang , melebih-lebih. Biasanya apa yg aku terlebih sayang , Allah ambik cepat untuk ingatkan - Dia lebih utama"
Humaira senyum. Dia menyambung lagi
"Aku syukur sebenarnya. Seronok. Terasa Allah 'beri perhatian' pada aku. Tapi weh..."
Zahraa tidak berkutik. Masih setia merenung wajah Humaira yang seakan menahan tangis.
"Aku sampai takut nak sayang orang , Sampai tahap rasa nak single je sebab bebenda macam ni lah. Aku pun taknak orang kecewa. Aku pun takut aku lose hope bila something happen . Aku end up rasa nak alone je."
Zahraa menggenggam tangan Humaira.
"Babe, kau takleh macam ni babe. Pergantungan pada Allah kena kuat. Come on . Allah ada . Jangan ketepikan Dia dalam masa kau rasa macam kau utamakan Dia. Cuba lah , kita bersihkan hati dulu. Mintak Allah bantu kita kawal hati. Tak berlebihan sayang pd makhluk."
Humaira mengesat air mata yang mengalir tiba-tiba.
"Entah la weh. Aku rasa hati aku tengah sakit sangat. Aku rasa macam aku cuba nak dekatkan hati dengan Allah tapi sebenarnya tu macam alasan aku je untuk elak bayangan orang yang aku nak lupakan. Benda yang tak pasti. Aku tak suka nak berangan."
Zahraa menatap dalam wajah sugul itu. Humaira dari bangku sekolah hingga kini , suka terlebih fikir dan makan diri.
"Bagus lah kau cari Allah dari buat bukan-bukan cuma jangan kaburi cinta Allah dengan hati yang lalai. Lebihkan amal yang membuktikan kau betul-betul cintakan Allah lebih. Makin kau rasa sakit , makin banyak kau baca Quran , solat sunat dan sebagainya. Bukti . Bukan setakat bila kau nak lupa dia je. InsyaAllah , He will give you what you deserve , one fine day."
"Thanks babe. Allah hantar aku kawan macam kau , sebenarnya salah satu jodoh yang sangat baik untuk aku. Alhamdulillah."
No comments:
Post a Comment