Pages

My favorite football team

My favorite football team
Terang teranglah gambar ni terang sebenarnya kitorang gelap gelap je

Friday, 19 December 2014

Perancangan

Berdiri dalam kelompok member yang rata rata fly utk further study , buat aku rasa jealous sikit . Bukan sbb diorang dapat fly tu tp sebab diorang dapat tengok pemandangan yg luaaaaas sangat di bumi Allah ni .

Aku ni , sangat sangat sukakan nature. Kalau aku sedih, marah, sunyi - cukuplah bagi aku duduk dkt tmpt yg ada pantai , atau park yg penuh dgn bunga dan hijau. Aku tenang. Aku tenggelam dalam dunia sendiri.

Aku rasa , minat aku dkt Psychology makin menjadi kot. Bagi aku , benda tu menarik. Masuk Gombak nanti aku nak buat betul betul sem one and tukar course. Harapnya kali ni aku buat pilihan yang betul. Memang dari dulu , aku suka baca hasil hasil kajian , nak tahu pasal human behavior , curious dan teliti dengan bebenda kecik so maybe ni memang bidang aku.

Degree nanti , aku nak cuba tebus balik pointer aku yg macam belacan dkt CFS dek salah pilih bidang. Seksa. I can't even breath. Fuh. Aku harap, bila aku baca balik post ni nanti , boleh jadi motivasi utk aku Dean List dekat Gombak utk bidang yg aku enjoy belajar.

Memang , bukan senang nak dpt Dean List dkt UIA ni tapi apa salahnya ada target kan ?

Aku nak enjoy 4 tahun dekat Gombak dgn course yg aku suka , ganti balik serpih serpih kecewa 2tahun setengah aku dkt CFS dgn aliran yg memintal jiwa , mendera minda.

Selesai degree, sementara tunggu konvo aku nak kerja terus. Dalam setahun dua cari pengalaman , merasa duit poket sendiri, beli kereta, pergi wedding kawan kawan, bahagiakan orng keliling, melawat tempat cantik dalam Malaysia , kemudian aku tinggalkan kejap tempat tanah tumpah ni.

Ya. Tinggalkan nasi lemak, teh tarik, kopi, roti canai. Masa untuk aku pusing tengok keindahan ciptaan Allah yg terbentang luas dekat luar sana. Aku nak sambung master dekat luar negara. Bidang yg sama. Kenal sifat manusia dekat luar sana pulak.

Aku nak sebatikan jiwa kepada Tuhan dengan meneroka dan melihat gelagat makhluk ciptaanNya, melihat kebesaranNya yg merata rata. Takde yg aku boleh nafikan. Sambil mengkaji, sambil kuatkan jiwa mengenali Tuhan  Yang Maha Satu. Segala kemuliaan dan kepujian milikNya.

Selesai master , kerja. Banyakkan buat kerja sosial untuk isi kekosongan jiwa. Macam macam. Aku nak bebas bergerak kenal Tuhan selagi nyawa dikandung badan.

Maafkan aku ya Allah, andai saat ini jiwaku mati, perjuanganku lumpuh. Semoga aku jadi hamba yang sedar kembali , tidak penting diri. Ya Allah...

No comments: