Pages

My favorite football team

My favorite football team
Terang teranglah gambar ni terang sebenarnya kitorang gelap gelap je

Monday, 8 September 2014

Kesempitan

Aku tengok satu video tadi...

Pasal belajar sesuatu dari kesusahan hidup , kesempitan wang , ujian dan dugaan.

Aku bersyukur pernah rasa part kesempitan wang tu . Aku rasa, kalau aku ni kaya (maksudnya bisnes abah always okay) memang reti labur duit je. Mintak itu ini , cuti malas kerja etc tapi aku bersyukur Allah uji . Bila dah reda benda ni, baru aku boleh open cerita jd peringatan utk aku dan semua . Dulu family aku serius hidup senang . Makan family cari hotel, restoran mahal, abah muda muda dah pakai kategori sport car gak la sbb zaman tu pakai saga je dah gah , inikan pula kereta luar. Ada BMW (walaupun second hand) , mampu lah nak beli apa kitorang nak . Baju mahal takyah cakap . Jaket shja dah RM100 (bayang je la RM100 zaman Tun Mahathir kira banyak tau, brng masa tu belum mahal lagi). Sekali, sedebuk Allah uji. Aku blur blur ayam gak tp akhirnya faham sebab makin meningkat dewasa kalau tk reti gak takyah hidup la. Lepas berlalunya zaman kesusahan tu (baru sangat berlalu beberapa bulan) sekarang tngh merangkak baru nak stable kewangan family. Susah susah aku pun , syukur boleh makan sedap lagi. Tak susah mana tp susah utk orng yg hidup di bandar dan anak ramai plus semua masih belajar. Kau rasa , nak cekau mana duit? Orang kaya anak dua tiga pun duit bajet bajet lg , inikan pula marhaen mcm kita kita ni.

Masa family aku ada mslh duit, aku cm aktif berprogram tau. Disebabkan umi selalu bg duit cukup makan je utk one week, kalau aku nk pergi program, aku rela kurangkan makan (tinggal waktu makan/ambik lauk jimat) utk simpan duit ke program. Masa tu, kalau dalam poket ada rm10-rm15 je dalam poket utk program aku tawakal la. Cukup tambang, infak . Sudah. Ada satu detik tu, aku tk tido malam masa program and tetiba rasa tak tahan sngt dgn bebanan ni , aku cerita dkt sorng member (the one and only yg faham kondisi kewangan fmly aku walaupun aku kias kias je dgn dia all this while) . Tahu apa member aku kata ?
"Weh . Kalau kau takde duit, pakaila duit aku dulu. Jangan tahan tahan makan. Kalau sempat bayar, bayar . Kalau tak, aku halalkan."
Allahuakbar !

 Menangis tak berhenti serius malam tu. Aku bukan sedih utk diri sendiri sngt , sedih jugak tengok mak ayah aku . Konflik kewangan takkan berdiri secara tunggal, mesti akan diikuti konflik yg lain. Aku mmng pressure, mental breakdown bagai masa tu. Aku tk tau nak buat apa. Nak kerja, on sem. Mampu tengok je umi abah susah . Kau rasa apa ? Aku rasa tak guna.

Antara yg paling aku ingat, masa pergi program alumni. Hahah serius takde duit . Aku tak berkira sangat la duit banyak mana asal aku tak terlpeas bebenda penting. Ada dalam rm10 je masa sampai rembau. Astaghfirullah. Duit makan apa sume kena sendiri cuma syukur transport aku setel. Mak aku simpan duit kitorng dalam tabung haji so bank bank yg boleh guna ATM duit biasanya sikit atau mmng tkde terus. Duit tabung haji, mmng umi tk bg usik sukati sngt.

Apa apa pun yg aku nak beli, kerja sendiri . Ada duit nak beli baju ke sendiri . Kalau takde duit sendiri, no. Duit umi bg cuma utk belanja uni atau makan shja. Yg lain, sendiri. Umi normally akan bg duit utk baju raya je. Tengok keadaan.

Biasanya orng akan fikir aku orng senang, tkde mslh duit. Tak semesti pakai estima, boleh pergi sana sini ada duit. Depends mcm mana kau manage duit. Ye, kesusahan ni ajar aku utk beli mana penting, mana baloi, tahan nafsu etc.

Aku boleh cerita skrng bukan sebab dh senang sangat, cuma dah reda dr zaman pergolakan hebat dek kewangan. Mengajar aku banyak benda. Masa konflik aku diam sbb buatpe nk bgtau orng kita susah en . Takyah mntk simpati la nanti terbiasa bergantung dkt orng. Face the reality la , hadapi sendiri. Overcome.

So people, duit parents tu jangan sakan sangat lah. Buat segan je melaram kemain  tp duit parents pastu tk reti hormat orng tua. Kalau jenis polite tkpe tp duit tu beringat siket. Ramai yg pegang duit parents tp sombong kalah raja . Baq hang aku tepek sebijik. Maap la eh.

Salam sayang. Jumpa lagi

No comments: