Pages

My favorite football team

My favorite football team
Terang teranglah gambar ni terang sebenarnya kitorang gelap gelap je

Wednesday 13 August 2014

Hanya PadaMu

Ya Allah , Kau lah penguat kala aku lemah
Di saat jiwaku merudum begini
Engkau juga yang menyambut agar aku terus berdiri
Ya Rabb
Sering aku jauh dariMu
Ingkari perintahmu
Melengahkan bicaraku kepadaMu
Mengambil enteng akan surat cintaMu
Namun di saat begini Engkau sentiasa di sisi
Ya Allah, aku masih boleh bertahan andai yg tidak menghargai ku itu bukan insan yg penting bagiku
Dugaan untukku dari Mu kali ini, menampar kuat jiwa
Tetapi aku mengerti ya Allah
Tiada insan yang menjadi kuat tanpa kesakitan yang bertubi tubi
Kerana kesakitan itu yg menghidupkan hati
Agar terus subur mengingati mu ya Ilahi

Ya Allah, aku tidak kisah hilang cinta manusia asalkan aku tidak hilang cintaMu wahai pemilik segala cinta keran ahanya dengan mencintaiMu, aku tahu bagaimana mahu membahagikan cinta.

No comments: