Pages

My favorite football team

My favorite football team
Terang teranglah gambar ni terang sebenarnya kitorang gelap gelap je

Friday 20 June 2014

Fenomena Hijabista

Bismillah

Personally, kurang setuju dengan gelaran hijabista terhadap golongan yang bertudung. Oh silap , berfesyen dengan tudung. Yes, sometimes memang bagus sebab muslimah yang bertudung macam ada branding gitchew so bila mat saleh nampak ;

"Oh hijabista!" but no. I don't really agree with that. Why not diorang kenal kita asa a muslimah.

"Wow ! A muslimah."

Tujuan kita bertudung adalah untuk tidak menzahirkan aurat kepada yang bukan mahram kerana Allah Taala. Mengelakkan maksiat dan menundukkan mata-mata syaitan makanya kenapa perlu berlebihan dalam berfesyen dengan tudung. Setakat lilit selendang macam biasa , lilit tudung tapi masih menutupi apa yang diperintahkan oleh Allah it's normal. Tapi kalau dah sampai ditocang tudung kemudian menyerupai rambut . Bertudung tapi sangat jarang etc. Tak memenuhi syariat.

Sepatutnya seorang muslimah yang menutup aurat apabila melihatnya rasa ketenangan dan ada rasa malu pada hati bukan mahram yang memandang tapi kenapa fenomena hijabista menonjolkan lagi mata-mata lelaki untuk memandang ? Ada orang boleh jawab ?

Saya puji hijabista yang membawa hijab sebagai satu imej di mata dunia tapi biarlah bersama syariatnya. Ibarat pokok tanpa daun kalau kita bawa tudung tanpa syariat pemakaian yang betul.

Lagi satu. Kita marah bila tudung harganya sampai ratusan. Korang rasa, kalau tudung bukan satu fesyen , laku ke peniaga tu letak harga setinggi tu dan ramai orang beli ? Mesti tak kan ?

Disebabkan tudung menjadi satu fesyenlah makin galak peniaga meletakkan harga tudung melambung tinggi sedangkan peniaga tudung muslimah yang sebenar-benarnya (tudung labuh) masih meletakkan harga biasa. See ? Nampak tak bezanya antara peniaga yg jual sebab syariat dan fesyen ?

Memang bagus bila tudung menjadi satu fesyen tapi bawalah ia bersama fitrahnya. Syariat yang betul. Kalau hijab masuk ke pasaran fesyen dunia sekalipun tapi kalau tak menutup apa yg patut apakah ia menaikkan nama Islam atau menjatuhkan ? Nak Yahudi gelakkan kita ? Fikirkan.

Apapun, tahniah untuk semua muslimah yang dah tutup aurat paling utama iaitu mahkota kita (rambut) tapi apa kata kita ubah slow slow ? Tak mampu labuhkan pun , sederhanakan :) 

Allahua'lam. Cadangan , bantahan , pandangan dialukan. Sekian :) Assalamualaikum.

No comments: