Pages

My favorite football team

My favorite football team
Terang teranglah gambar ni terang sebenarnya kitorang gelap gelap je

Sunday 11 August 2013

A Little Something for Muslimah to...

Focus on !

Lek lek , saya tak marah :D

There are so many things that we never alert in our daily life. Muslimah, do you ever realise? It's a very simple thing yet not all of  us realise. Sorry if this reminder is a lil' bit harsh but it's important

1) Kain Dalam

Sedar tak semahal mana pun baju kurung (rasanya lagi mahal lagi nipis) kita tu kainnya tetap jarang walaupun pd zahirnya kita rasa okay ? Tak kiralah kalau it's really thick like 1 inches tebal pun please wear kain dalam sis. Walaupun kain tu tak jarang tujuannya utk tidak menampakkan bentuk kaki semasa berjalan terlalu jelas , kedua supaya tak nampak bayang kaki dalam kain. Nampak bentuk & bayang tu beza eh .

Cuba korang pakai jubah/ baju kurung sekarang pastu catwalk (jalan biasa pun okeh mem)

2) Masalah Lepas Pakai Kain Dalam

Dah pakai pun ada masalah lagi ? :O Oh mee , why I'm a girl *pang ! Jangan tanya cmtu . Bila naik tangga , ramai tak sedaw sebenarnya. Time naik tangga kan ramai suka naik like a Primadona gitu nyah so bila dia angkat kaki dengan excited time naik tangga sebenarnya kami dr bawah ni nampaklah makanya kaki mereka . Lelagi yg stokin pendek .

"Putih seeeeeh" kata seorang jejaka (dalam hati)

Makanya selepas pakai kain dalam , tipsnya adalah naik tangga jangan menghentak / naik dengan laju. Langkah tu kena cover siket , kita mesti boleh rasa kalau jalan seselow kain belakang kita naik takat mana. Langkah kecil dr normal la tp kalau tangga tu jenis tinggi kena make sure line clear la belakang drpd bro. Kalau yg jubah/ baju kurung dia labuh sampai tumit boleh la nak langkau lebih sikit sape yg ats tumit better watch out more.

Bahagian 'belakang' badan anda pun jaga lah , jangan errr hmm (tonggek) sangat walaupun aslinya anda begitu . Kalu rasa segan kan , bagi bro jalan dulu kalau sampai part tangga.

3)Pakai Seluar di Dalam Baju Kurung

Boleh tp tak digalakkan. I've experienced this where by kurung is very jarang & pakai la seluar kan but my junior tegur

"Kak Wan tak pakai kain dalam ke?"
"Eh akak dah pakai la"
"Nampak lagi bentuk kaki macam tak pakai"

Palazzo mungkin okay lagi but not kain dalam jenis seluar atau seluar. Seluar slack sekalipun nampak juga sebenarnya bentuk kaki. Seluar track ? Okayla kalau kau larat berimas dgn seluar track dua lapis tu

4) Pakai Jubah & Seluar Slack Di Dalam

Okay je sebab mostly jubah tak sejarang baju kurung tp kena watch out. Kalau aku memang pakai kain dalam + seluar . Baq hang . Tak panas pun kalau dah biasa. Tp kalau Jubah jenis kain Tshirt (skrng ada kan?) Pakai la kain dalam pastu kalau jubah korang dah atas buku lali tu pakai la seluaq jugaaaa.

Why so particular ? Yes , we have to be. Tudung litup anggun manis tp kaki tanpa disengajakan nampak. Setakat ni tanggungjawab ana nak ingatkan terpulang kalau rasa sengaja nak tunjuk kecantikan kaki selain pd suami / yg tak sengaja sila lah awasi.

5) Jubah Kain Lycra

Pakai dua lapis kain dalam . Serius

6) Bahagian atas ?

Better pakai inner / chemisole . Sometimes nmpk juga tp yg dah tudung labuh biasanya dh tercover plus mrka mmng pakai inner . Yg pakai tudung biasa kalau baju tu dah jarang jgn pakai inner sendat sama cam tak pakai , cari yg loose . takde ? Takyah pakai baju tu . Hohoho . Betul apa kan. Lagipun sekarang trending baju kain chiffon . Jrang kan ? Aku menyirap tengok orang tak pakai pape terus sarung baju tu . Aku yg perempuan ni pun nampak segala lagikan panahan gamma ray lelaki

Kasihanilah kaum Adam yg berusaha jaga pandangan mereka. Yg tak jaga ? Lantak pi diorng lah , jagala diri utk suami korang tu haaa nnti . Paling tak pun jgn tambah dosa ayah . Paling tak pun jangan malukan parents yg dah didik kita dengan baik. Parents tak didik cara pakai baju ? Ni haa dah baca kan ? Beramal lah 

Maaf agak open & kasar tp kalau tak sebut dengan jelas ramai tak sedar

Eh lagi saaaatuuuuu

7) Pakai Stokin Sewaktu Solat

Sekarang ni Alhamdulillah ramai yg dah pakai solat ready kan ? Pergi surau tinggal solat je . Tp bagi yg pakai skin sock , kan nipis so bila time sujud ke stokin kita extend makanya nampak warna kulit (sebenar) kita .Lapiskan lah dua/ Stokin dah tebal cam stokin sekolah ? Lapislah , serius . Lapis dgn skin sock . Time solat jee . Time pakai kasut cabut la balik sbb time sujud nnti nmpk warna kulit sbb stokin dah expand (ke apa tah term sebenar). Langkah berjaga-jaga utk kesempurnaan solat

Wallahua'lam

5 comments:

Unknown said...

huhu,,kalau pakai slack dalam kain pun nmpak bentuk an? tapi kalau pakai slack semata dgn baju tshirt muslimah or blouse acano pulop??huhu .. tak bulih langsung pakai seluar ke . sekadar tnye cik aisyah..hihu

Aisyah Omran said...

Ini pandangan dan pemerhatian peribadi la eh . Kalau sy lihat, pakai seluar ni lelaki masih boleh bayangkan bentuk kaki kita tapi dengan T shirt muslimah at least tutup sampai lutut , betis biasanya tak ketat dah tp kan tengok gambar ni walaupun slacknya tak ketat tp https://www.google.com/search?hl=ms&biw=1366&bih=637&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=seluar+slack&oq=seluar+slack&gs_l=img.3..0l10.92073.93721.0.93993.12.9.0.0.0.0.499.892.0j1j1j0j1.3.0....0...1c.1.24.img..10.2.392.cQBzXQmNibw#facrc=_&imgdii=_&imgrc=S0XB0680HEM44M%3A%3BcIXL5h55rmkKcM%3Bhttp%253A%252F%252Fwww.omiru.com%252Fwp-content%252Fuploads%252F2008%252F07%252Fpetite-martin-cuffed-wide-leg-pant_070608.jpg%3Bhttp%253A%252F%252Fmforum.cari.com.my%252Fforum.php%253Fmod%253Dviewthread%2526tid%253D535192%3B455%3B339
bila kaki digerakkan nampak tak lekuk lutut & (belakang) betisnya tu wlupn seluarnya longgar kan ? Tapi bila pakai baju muslimah at least tutup bahagian atas sbb bhgian betis tak ketara sngt. Tp rasanya lelaki masih boleh byngkan bentu kaki kita kan ? :) Secara peribadi sy kurngkan pemakaian seluar . Ini pandangan peribadi je , bukan sy keluar hukum ke apa tau :)

Saya pernah tanya kawan pasal ni & ini 100% jawapan dr dia tnpe sy gubal

"aku pernah tya seorg yg alim psal ini.. dia jawab, dibenarkan selagi mana x menunjukkan bentuk badan (seluar yg pakai x terlalu ketat dan terlalu jarang). asasnya krna pemakaian seluar lebih memudahkan sesuatu urusan. selagi mana pakai dgn penuhi syarat ni.. ok. sebaiknya, elakkan.. tetapi kalau dlm keadan yg penting dn perlu pemakaian nya boleh je.. contoh klau nk bersukan, pkai kain x selesa nk jogging or main futsal, pkai seluar lebih baik.. kalau masa lain, pergi ke surau or keluar jln2, pkai kain lebih baik..menurut seorg senior aku, die kate boleh sebab ia mgikut uruf, yakni keadan semasa.. waallahua'lam

kalau jumpa hujah yg lebih kukuh, tinggalkan je ckp aku ni.. amek yg terbaik dlm agama n seiring mazhab syafie.. ilmu aku ni pon cmpur2. maaf lah ye"

Sy juga dpt pndgn dr sorng ikhwah ni katanya kalau nak pakai seluar pakai baju yg sampai bwh peha & jgn pakai seluar berkilat sebab lagi menampakkan bentuk kaki.

Pandangan sy berdasarkan ilmu yg sy dapat je , cetek. Kalau ada hujah lg kukuh tinggalkan cakap kami.

Wallahua'lam :)

Afrina Damia said...

What a good tips for muslimah ;)
Sebaiknya takyah pakai baju lycra cuz baju lycra kan melekat kat badan.

And pasal stokin tu , rasanya lebih elok juga kalau kat luar solat pakai camtu ataupun pakai stokin yg tebal :)

Anis said...

Salam
Pernah ternampak seorang muslimah bertudung labuh pakai jubah muka cantik putih bersih masa dia duduk kat atas tangga jubahnya tersingkap. Dari bawah saya nampak jelas peha dan seluar dalam dia terdedah walaupun dia pakai kain dalam putih dan stokin panjang coz kain dalam dia warna putih pun tersingkap.Ada beberapa mat indon yang perasan senyum senyum je bila nampak aku tengok diaorang yang awek tuh tak sedar sedar baca buku khusyuk sangat dengan kawan dia. Kesian jugak aku tengok tapi tak sampai hati nak bagitau takut dia malu. Geram jer aku tengok mamat indon tuh tengok free show kalau setakat nampak peha tuh kira dah teruk nih nampak abis semua bahagian dalam jubah minah tuh. Jadi pengajarannya jangan suka buat free show

Anonymous said...

Tula sbg muslimah,tolonglah nasihati kawan2 pasal kain dlm ni...rmai sgt lately yg tak pakai..kdg2 tu stokin pakai, tp kain dlm x...omg...dlm surau lg la jelas, ramai sgt x pkai bila pkai kain...harap dpt berubah....