Pages

My favorite football team

My favorite football team
Terang teranglah gambar ni terang sebenarnya kitorang gelap gelap je

Thursday 12 April 2012

Seperti Pengantinkah Aku ?


Hari ini aku adlh raja sehari
Setelah penat lelah mengharungi keperitan cinta
Akhirnya waktu itu tiba jua
Tidak tercepat mahupun terlambat
Seperti yang ditakdirkan oleh-Nya
Tiba masa aku utk prgi kepada Kekasihku
Aku dilayan penuuuh kelembutan
Dibaringkan , dibelai 
Alunan ayat suci al-Quran mengulit tidurku
Penuh syahdu
Aku tidak tahu mengapa insan yg aku sayangi perlu menangis
Semasa aku dirisik juga begitu
Mungkin menangis gembira
Kerana aku akan diserahkan kpd yg sepatutnya
Ibuku sungguh penat menguruskan majlisku
Kerana dia tahu aku tidak mampu
Aku melihat ramai saudara maraku datang 
Ada juga yg tidak prnah ku lihat
Mereka datang menjengukku
Alhamdulillah betapa terharunya aku
Mereka masih mngambil berat tntg diriku ini
Majlis semakin hampir 
Ibu mengarahkan beberapa orang wanita utk memandikanku
Badanku digosok lembut
Penuh kasih sayang
Segala pelosok badanku dibersihkan 
Ibu dan adik perempuanku kelihatan sebak
Tidak mengapa , aku tahu perasaan mereka
Sangat rapat denganku
Aku kemudiannya dibawa ke satu ruang 
Kelihatan sudah terbentang gaun putihku
Aku dibaluti kain putih itu penuh kasih sayang
Ikatan gaunku sungguh kemas
Suci bersih
Kemudian berbaris beberapa saf dihadapan jasadku yang kaku
Aku disempurnakan dengan disembahyangkan
Imamnya ?
Ya , ayahku 
Kelihatan ada manik manik halus mengalir di pipinya
Mungkin tidak rela melepaskan gadis suntinya ini
Aku hanya mampu melihat sahaja
Sebelum aku diserahkan sepenuhnya kpdNya
Satu demi satu ahli keluargaku mencium dahiku
Aku lihatt ibu berlari keluar
Entah mngapa seakan tidak merelakan aku pgi menemuiNya
Aku kemudian diarak sepanjang jalan kampung 
Sehingga sampai ke tempat persemadianku
Bersma kekasih sejati
Sampai sahaja
Aku bersemayam dia ats pelaminku
Pelamin bahagia ? InsyaAllah
Akhir sekali aku terdengar imam membaca sesuatu yg amt panjang
Ya , rupa-rupanya di sinilah aku
Di dalam liang lahad ini
Keseorangan menghadap Illahi
Aku bukanlah seorang pengantin
Mahupun raja sehari
Aku hnyalah hamba yg hina dihadapan-Nya
Bahagia dan deritaku di sini terungkap
Tiada siapa lagi yang boleh membantuku
kecuali amalku .



No comments: