Pages

My favorite football team

My favorite football team
Terang teranglah gambar ni terang sebenarnya kitorang gelap gelap je

Monday 19 March 2012

Sujud Syukur , Sunnah yang Semakin Dilupakan :)

Assalamualaikum .

  Result smakin dekat and I feel like dying :p Okay , aku trfikir drpd dulu , kalau aku dpt 9A+ or 9A rojak
sekalipun teringin sngat nk sujud syukur . teringiiin sngt . Mesti ramai trfikir bnda sama kan ? Alhamdulillah :) Kalau boleh tak kiralah result tu bagus ke tak , nak jugak sujud syukur tpi ... msti aku cm teragak-agak , eerrr boleh ke tak ni boleh ke tak ni . haa cmtu :D Tak sepatutnya sebab ini Sunnah Nabi . Sunnah yg smakin dilupakan , ade jgk yg mnyalahgunakan . Tapi korang jgn marah tau kalau aku tk buat -.- jangan tau ? tau ? hee . Mungkin ramai yg teringin tpi tk tahu caranya , aku pun tk tau . Jom kita fhmkan sesame .
Kaum Adam lebih ringan dan mudah utk buat , buatlah ye ! :)
Naaak sngt buat mcm ni , sekali pun cukuplah seumur hidup :) Subahanallah

Sujud syukur digunakan untuk mnyatakan terima kasih dan mensyukuri sgla nikmat yg Allah berikan . Sedangkan Nabi Muhammad SAW insan mulia akan sujud syukur jika mndapat nikmat . 

    Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblatDari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.


 


    Tidak diwajibkan ada air wudhuk, orang yang akan melaksanankannya mestilah suci (tidak sedang berhadas), menghadap qiblat, tutup aurat serta terhnidar dari najis. Pendapat ini dikemukakan oleh para ulama As-Syafi’iyyah dan Hanaabilah. Caranya ialah bertakbir, lalu ia bersujud satu kali sambil mengucapkan tasbih dan tahmid ketika sujud. Selesai itu ia takbir kembali dan mengangkat kepalanya .



سُبْحَانَكَ اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّي حَقَّا حَقَّا، سَجَدْتُ لَكَ يَارَبِّ تَعَبُّدًا وَرِقًّا. اَللَّهُمَّ اِنَّ عَمَلِي ضَعِيْفٌ فَضَاعِفْ لِي.
 اَللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تُبْعَثُ عِبَادُكَ وَتُبْ عَلَيَّ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.

"Subhânakallâhumma Anta Rabbî haq-qan haqqâ, sajadtu laka yâ Rabbî ta-’abbudan wa riqqâ. Allâhumma inna ‘amalî dha’îfun fadha’i lî. Allâhumma qinî ‘adzâbaka yawma tub’atsu ‘ibâduka wa tub ‘alayya innaka Antat tawwâbur Rahîm."

Artinya:
"Maha Suci Engkau. Ya Allah, Engkaulah Tuhaku yang sebenarnya, aku sujud kepada-Mu ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan. Ya Allah, sungguh amalku lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah, selamatkan aku dari siksa-Mu pada hari hamba-hamba-Mu dibangkitkan, terimalah taubatku, sesunguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang."



   Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik. 


Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)


# KALAU ADA KESILAPAN  TOLONG BETULKAN . TERIMA KASIH :)

No comments: