Pages

My favorite football team

My favorite football team
Terang teranglah gambar ni terang sebenarnya kitorang gelap gelap je

Monday 6 May 2013

Pandangan Saya sebagai Anak Muda

Assalamualaikum

Fenomena PRU13 yg paling gegar sekali tahun ni . Anak muda semakin bijak ada juga yg mcm nak kena pang sebab melatah-latah . Mengkaji tidak , percaya bulat bulat pastu bash bash orang . Nak kena pang sungguh . Tak nak kata lah sepatutnya ni menang ke , tu menang ke . Kebenaran depan mata . Mana yg telus dan tidak pun anak muda dh pandai nilai . Result pun dah keluar .

BR1M mmng kita layak dpt pun . Bak kata Sir ana , kalau dh mmng tanggungjawab mrka utk beri & hak kita utk dapat tak perlu terima kasih . Hak terima kasihnya bukan di situ sbb tu tanggungjawab mereka . Ana ada terbaca blog member analoginya seperti

"Anda diberi RM10 tapi diambil RM100 tiap bulan" faham dok ?

Kalau kes tol percuma tu hurmm . Kalau bagi perspektif ana tkpe rakyat bayar tol utk bayar service cuma kurangkan nilainya . Kang kalau tak bayar tol , hilang la stylonya bawak kereta . Sebab apa ? Alamak , kan stylo bila bawak kereta pastu sampai tol keluarkan Touch n Go / Smart Tag (ni lagi stylo). Rasa la bergaya sikit . Ada la warna sikit dlm memandu . Tahla highway tkde liku pastu takde tol mmeang lentok la :D
One more, Rakyat Malaysia ni pelik sikit (bukan semua la) , jalan raya yg tak busy pun boleh accident . Risau kang tol free lagi excited lagi kedebum kedebang . Bukan doakan tapi hakikat kot . Compare ke-busy-an jalan di Mesir & Indon dgn Malaysia serta jumlah kemalangan . Siapa tinggi ?

Harga kereta memaaaang patut diturunkan . Tax dia pun , errr tinggi .

Harga barang ? Mesti laaa kena turun . You know what ? Malaysia ni syurga makanan , naik harga makanan dr rasa heaven tengok kedai makan tp bila tengok wallet kopak . Tambahan pulak orang kurus cam ana ni , boleh la naik sikit berat. Kalau duduk bandar , anda akan perasan orang kaya naik kereta besar tapi rumah biasa je . Ada orang pakai BMW duduk flat . Sebab ? Haaa kos makan tu tinggi . Kos barang rumah bagai pun , sewa rumah . Bukan setakat bandar sekarang , balik kampung harga lagi mahal dr bandar . Belum fikir pampers anak , susu anak, minyak kereta etc (minda wanita) Pengsan -- Sy belum kawin

Bab PTPTN ana malas nak sebut . Ilmu tak cukup , tknk diuatarakan . Bab pendidikan percuma bagi ana munasabah . Tidak mustahil . Setakat tu je la mampu cakap . Bab hargai pendidikan bagai tu fikir sendiri la . Kalau beriman dgn Al Quran dan Al Sunnah , tak kira la free ke tak korang akan hargai ilmu . Even pendidikan percuma pun , kalau fail bukannya free free dpt kerja so secara autonya msti laa nak belajar rajin rajin kaaan . Pendidikan je percuma , makan bagai tu bayar jgk . Duit keluar jugak , mesti la ada rasa nak appreciate jugak kan .

Soo sy nak nasihatkan anak muda supaya banyakkan membaca , muahsabah dan mengkaji . Jgn percaya buta buta . Jgn buat ayat mcm nak provok pastu bila orng kutuk pihak yg hang sokong nak menyirap . Memang mintak pang . Yang paling takleh tahan "Aku malas nak layan orang yang b***h ni . Makin dilayan makin menjadi la bla bla" Tak perasan ke ayat anda tu sbnrnye anda melayan dia . Kan lebih baik jgn tweet pape -.-

Lagi satu , hadamkan sejarah . Dulu suruh belajar sejarah rajin rajin kau malas pastu dok bash orang 

Jujurnyaa , saya pun tidaklah kaji dengan mendalam cuma adalah kaji , dengar & baca cerita dalam sesikit setakat sy boleh buat kesimpulan yg mana jika dikedepankan mungkin bahaya . Tapi segala berita politik kini sudah semakin diragui sahihnya , so jgn dikemukakan benda yg anda tak kaji sampai lubang cacing dan keturunan cacing tu sekali . Nanti jadi fitnah

Maaf salah silap harap tegur . Saya rakyat Malaysia , hidup di Negara yg saya yakini 101% (katanyaa) demokrasi di sini . Maka sy bersyukur utk keamanan ini .

Al-Imraan ; 26 -- Allah berkuasa utk menarik mahupun memberi kekuasaan kpd seseorang itu .(Lihat tafsir utk ayat penuh)

Sekian



No comments: